Saturday, July 16, 2011
ADAB-ADAB KAUM DI MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Negara kita Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun. Kejayaannya bukan sekadar menangani isu-isu tempatan, bahkan ia turut terlibat dalam menangani permasalahan yang menimpa dan dialami oleh masyarakat antarabangsa. Malaysia turut dikenali sebagai sebuah Negara Islam yang unik. Penduduknya berbilang bangsa dan kaum serta mempunyai kepercayaan dan pegangan agama yang berbeza. Majoriti terbesar warganya terdiri dari kaum Melayu beragama Islam. Bumi Malaysia adalah tanah asal tempat tumpah darah mereka.
Dahulu, negara ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Pada tahun 1966, namanya ditukar kepada ”Malaysia ”. Beberapa jenis flora dan fauna di bumi subur beriklim tropika ini sukar ditemui di tempat lain. Hasil komoditinya menjadi idaman banyak pihak. Malaysia terkenal sebagai negara pengeluar bahan-bahan mentah yang bernilai tinggi. Kedudukannya juga sangat strategik dalam lingkaran laluan dagangan antarabangsa.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma . Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang tinggal dalam satu kawasan dan berjiran hidup dengan harmoni dan masing-masing bebas menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka tanpa sebarang gangguan. Hujah ini dapat dikukuhkan lagi apabila pada musim perayaan mereka saling kunjung-mengunjung antara satu sama lain. Apabila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina misalnya, rakan-rakan yang berbangsa Melayu dan India juga turut mengunjungi rumah rakan dan jiran yang berbangsa Cina untuk bersama merayakannya. Perasaan hormat-menghormati antara kaum seperti ini tidak dapat dirasai di Indonesia di mana kaum Cina tidak merasa selamat terutama ketika menjalankan perniagannya kerana khuatir ancaman penduduk tempatan (bumiputera). Kita sebagai warganegara Malaysia seharusnya bersyukur kerana dikurniakan keharmonian antara kaum maka benarlah jika dikatakan bahawa bandar di Malaysia menonjolkan imej yang baik kepada negara dari aspek perhubungan antara kaum.
Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.
Masyarakat Semenanjung Malaysia khasnya dan Malaysia amnya selalu dianggap sebagai sebuah masyarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum (Muhammad Idris Salleh, 1994: 54). Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan (Tang Chee Yee, 1993:76). Tiga etnik ini bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama (Kasim Ahmad, 1984: 11).
Ini bererti bahawa masyarakat Malaysia mengandungi lebih daripada satu kategori bangsa yang mempunyai sifat-sifat tersendiri samaada dari segi kebudayaan, nilai dan norma kehidupan masing-masing. Jadi, di samping sifat berbilang kebudayaan, masyarakat Malaysia juga mengandungi dan memiliki sifat berbilang bangsa dan kaumnya.
Masyarakat Malaysia juga mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Budaya merupakan perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis, merupakan suatu reaksi manusia terhadap peyesuaian hidup dengan alam sekeliling. Budaya secara umum mempunyai unsur-unsur ekspresif dan instrumental. Unsur ekspresif meliputi aspek memahami alam sekeliling, kepercayaan manusia terhadap sesuatu dan kesan reaksi terhadapnya. Manakala unsur instrumental merujuk kepada bagaimana manusia menggunakan budaya untuk mengawal alam sekeliling (Wan Abdul Kadir, 1988:1).
2.0 ADAT DAN BUDAYA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANYA.
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia . Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.
Adat dan budaya secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu. Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi rakyat majmuk yang bersifat seragam.
Masyarakat Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi pembentukan moral yang bermula di kalangan pelajar sekolah rendah, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia . Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India .
2.1 KAUM MELAYU
Masyarakat Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu. Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu iaitu pengaruh Islam adalah pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam. Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.
Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.
Bayi yang baru lahir diazankan/diqamatkan
Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.
2.2 KAUM CINA
Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China . Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.
Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.
PERKAHWINAN KAUM CINA
Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.
Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.
Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.
Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China . Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.
2.3 KAUM INDIA
Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia . Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.
Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India , jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.
Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga amat penting dalam masyarakat India . Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.
Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
SUAMI MENYUAP MANISAN KE MULUT ISTERI
Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India . Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut.
Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.
Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India . Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India . Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama. Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam adat masyarakat India . Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.
Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India . Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.
Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.
Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakat-masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu kita telah membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat mereka.
Bercakap berkenaan identiti dan keperibadian masyarakat. Kita sedia memaklumi bahawa di Malaysia , kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah, masyarakat yang majmuk. Justeru apa yang ingin dijadikan topik disini ialah bagaimana kepelbagaian adat didalam masyarakat Malaysia yang membentuk identiti masing-masing ini mampu disatukan dan dijadikan sebagai cerminan peribadi dan identiti kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Maknanya kita perlu membicarakan tentang bagaimana kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan dijadikan sebagai asas pembentukan moral yang murni dikalangan masyarakat Malaysia dan khasnya bermula di pendidikan rendah.
3.0 Tautan adat dan pembentukan moral di kalangan pelajar sekolah rendah.
Adat merupakan satu daripada perkara yang sanga dititkberatkan oleh kita sebagai masyarakat di Malaysia . Jika dilihat Malaysia merupakan antara sebuah negara yang mempunyai banyak adat yang perlu dituruti dan adakalanya adat ini dikatakan menyusahkan kerana terlalu banyak yang perlu dituruti.keperlbagaian adat ini adalah kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai masyarakat majmuk atau lebih dikenali sebagai masyarakat berbilang kaum. Kepelbagai adat serta budaya ini berupaya untuk membentuk perilaku moral yang positif dikalangan pelajar terutamanya yang masih berada dibangku sekolah rendah. Zaman kanak-kanak merupakan masa yang penting kerana biasanya pada masa ini seorang kanak-kanak itu selalu berusaha untuk mencari jawapan dalam setiap apa yang lihatnya. Tentunya nilai-nilai dalam kehidupan sangat diperlukan sebagai pedoman, pegangan atau petunjuk dalam mencari jalan untuk menumbuhkan jati dirinya. Oleh yang demikian, sikap daripada kanak-kanak ini harus bersesuaian dengan adat-adat yang dipelajari agar ianya tidak bertentangan dengan nilai-nilai moral selaras dengan adat yang dipegang.
Perkataan ‘moral’ sebenarnya berasal daripada perkataan‘mores’ dalam bahasa Yunani yang membawa erti sebagai tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma-norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Dalam usaha untuk membentuk nilai moral, ianya sangat berkait rapat dengan adat yang diamalkan oleh setiap bangsa yang terdapat di Malaysia ini. Ini kerana setiap adat yang diamalkan oleh rakyat Malaysia mempunyai nilai-nilai yang positif namun jika disalh tafsirkan dikhuatiri adat ini akan menjadi sesuatu yang tidak baik untuk nilai moral.
Seperti yang kita tahu, dalam masyarakat melayu ada mempunyai adat yang berkaitan dengan agama Islam seperti ketika kelahiran. Bayi yang baru lahir akan diazankan bagi bayi lelaki dan juga diiqamatkan bagi bayi perempuan . Tujuan utamanya adalah supaya bayi yang baru lahir ini mendengar bunyi-bunyi yang baik supaya perjalanan mereka pada masa depan akan menjadi lebih baik. Dalam hal ini jika pelajar ini telah diajarkan dengan nilai-nilai keagamaan yang baik maka mereka akan menjadi seorang yang lebih baik dan juga berilmu. Ilmu yang dipelajari ini diharapkan supaya dapat praktikkan dalam kehidupan mereka pada masa depan. Dalam Islam sendiri ada menegaskan bahawa setiap daripada umat nabi Muhammad itu harus melakukan perkara-perkara yang baik. Hal ini dapat dijelaskan dalam ayat 110 Surah Ali Imran, “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman; dan kalaulah ahli kitab (yakni Yahudi dan Nasrani itu) beriman sebagaimana yang semestinya tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Tetapi di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”
Azan dan iqamatkan ini juga adalah bertujuan untuk menghindari bayi daripada gangguan syaitan dan disebabakan itu, kanak-kanak yang beragama Islam ini wajib untuk diajar membaca al-quran sedari dari kecil supaya mereka ini dapat membentuk nilai moral yang baik dalam diri mereka. Selain daripada itu,ianya juga mengajar kanak-kanak ini mengenal dengan lebih dekat mengenai kepercayaan agama mereka. Dalam temubual yang telah dijalankan dengan seorang yang mahir dalam bidang agama dan adat resam melayu, Encik Sheikh Ahmad Bin Sheikh Haji Ibrahim , iaitu seorang pegawai agama di Pahang, beliau ada menyatatakan bahawa adat masyarakat melayu sebenarnya sangat berkait rapat dengan agama islam itu sendiri. Sebagai contohnya adat bercukur, dalam masyarakat melayu bercukur ini penting untuk membuang rambut bayi yang lama supaya rambut baru dapat tumbuh dengan baik, dalam islam pula menyatakan bahawa rambut yang terdapat pada bayi yang baru lahir ini harus dibuang supaya dapat menghilangkan segala kekotoran yang terdapat pada bayi tersebut. Kebersihan adalah sanga penting dalam agama Islam.
Adat membelah mulut atau tahnik ini bererti mencecahkan kurma yang telah dimamah oleh orang alim ke lelangit mulut bayi itu. Jika tidak terdapat kurma, boleh digantikan benda-benda manis seperti madu. Amalan tahnik ini adalah sunat. Di dalam hadis Rasulullah saw diriwayatkan: "Bahawa Rasulullah saw telah mentahnik anak-anak dari kaum Ansar". Tujuan utama amalan ini adalah untuk supaya apabila bayi ini meningkat dewasa maka perangai atau sifatnya akan mengikut kepada orang yang baik-baik sahaja. Selain daripada itu, adat ini dapat menjadiakan nilai moral bayi terbabit kepada yang lebih baik dan manis sama seperti makanan pertama yang masuk kedalam mulutnya. Dan dengan sifat ini juga maka anak-anak ini tidak akan menuturkan perkataan yang tidak elok daripada mulutnya.
Oleh itu apabila kita meninjau adat-adat orang Melayu ini, dengan sendirinya ianya telah membentuk perlakuan moral yang sihat yang dipupuk dari sekolah rendah lagi. Pelajar dididik agar member salam, menghormati orang yang lebih tua, berbudi bahasa dan bersopan santun. Malah dalam matapelajaran Moral juga diselitkan elemen-elemen tersebut. Secara tidak langsung adat-adat orang Melayu telah diterapkan kedalam pembentukan moral yang sihat sedari sekolah rendah lagi.
Masyarakat cina, seperti yang kita tahu merupakan antara kaum yang mempunyai sangat banyak adat dan pantang larang yang harus dipatuhi oleh masyarakatnya, bermula dengan kelahiran sehinggalah kepada kematian. Yang paling menarik dalam ada bangsa cina ini ialah feng-shui. Feng shui ini memberi signifikan yang sangat simbolik dalam kehidupan masyarakat cina. Melaluinya juga segala peraturan dan tingkah laku harus berpandukan kepadanya dan kepercayaan mengenainya masih menebal dalam diri masyarakat cina. Dalam perkaitan moral ini, feng shui akan memberi nilai positif dan negative dalam setiap diri individu. Nilai positif dan negatif ini akan mempengaruhi kehidupan mereka misalnya jika mereka ingin berpindah rumah mereka perlu melalui aturcara tertentu. Ianya adalah untuk memastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang unsur tidak sihat dan impak positif daripadanya ialah mereka boleh sentiasa untuk berwaspada dalam setiap perkara. Nilai moral dapat dikaitakan sentiasa bersikap berhati-hati supaya setiap yang kita lakukan ini tidak akan menjadi sessuatu yang tidak baik.
Dari segi permilihan nama pula ianya adalah untuk menunjukkan rasa hormat kepada suami apabila mereka sudah berkahwin. Ini kerana apabila mereka sudah berkahwin si isteri dikehendaki mengikut suami dan sebagai tanda ketaatan isteri mesti menggunakan nama suami sebagai nama keluarganya. Temubual dengan Puan Sheng Ai Leng yang dilakukan baru-baru ini, beliau ada menyatakan setiap daripada adat yang mereka lakukan ini adalah mempunyai tujuan tersendiri, dimana adat ini adalah sebagai salah satu cara bangsa cina untuk menunjukan nilai-nilai norma dalam diri mereka. Puan Sheng juga memberitahu bahawa tidak semua adat yang dilakukan adalah untuk menyusahkan, kerana sebenarnya adat ini bertujuan untuk membentuk jati diri mereka. Beliau juga ada menyebut jika adat ini tidak dituruti dan dipatuhi nescaya muda-mudi pada hari ini tidak akan mempunyai nilai-nilai positif kerana seperti yang kita tahu pada zaman ini terlalu banyak anasir yang tidak elok telah berlaku justeru itu dengan pengenalan adat kepada diri mereka sedari kanak-kanak diharapkan agar mereka ini akan terus menyanjung adat dan mempamerkan nilai-nilai moral yang baik terhadap masyarakat diluar. Satu lagi adat yang mempunyai nilai moral yang baik ialah adat pemberian ángpow’ kepada ahli keluarga ketika Tahun Baru Cina. Adat ini mengajar mereka supaya sentiasa berkongsi rezeki yang ada dan tidak mempunyai sifat kedekut dalam diri mereka. Adat ini juga mngajar mereka supaya sentiasa untuk membantu diantara satu sama lain. Puan Sheng juga menyatakan adat ini akan mengutamakan gologan tua dan juga kanak-kanak.
Sama seperti masyarakat-masyarakat yang lain yang mengaplikasikan adat dalam pembentukan nilai moral, masyarakat India juga tidak terkecuali. Masyarakat India juga mempunyai adat-adat tertentu yang mana adat ini mereka aplikasi dalam kehidupan supaya hubungan yang terjalin akan lebih mesra dan juga harmoni. Dalam masyarakat India , perkataan ‘vanakam’ mempunyai nilai yang sangat tinggi. Setinggi mana kedudukan seseorang individu itu dia harus untuk menyebut perkataan ini kepada orang yang lebih tua kerana ianya adalah untuk menunjukkan rasa hormat. Rasa hormat ini tidak akan lengkap tanpa mereka menggucapkannya Dalam masyarakat India juga mereka sangat menjaga anak gadis mereka. Pada pandangan mereka anak gadis ini adalah satu nilai yang sangat tinggi dalam sesebuah keluarga. Maruah keluarga terletak kepada anak gadis mereka ini. Justeru itu,anak gadis ini akan diajar supaya sentiasa pandai untuk menjaga batas tatasusila dalam diri mereka. Kesan positif daripada adat mereka ini ialah kita hendaklah sentiasa menjaga nama baik keluarga dan tidak melakukan perkara yang tidak elok demi keharmonian kelauarga. Dalam masyarakat India juga mereka sangat menekan hubungan yang baik antara setiap ahli keluarga. Mereka tidak akan sesekali bersikap tidak elok kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Justeru itu,adat ini telah berjaya untuk membentuk sikap hormat-menghormati sesama mereka dan merendah diri.
4.0 Rumusan
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkara yang berkait rapat dengan adat ialah perilaku moral dimana kedua-duanya memberi satu kesan terhadap diri khalayak.
Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Adat timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan daripada manusia. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya dan dapat menjadi moral kepada masyarakat.
Justeru dalam membicarakan perkaitan adat dalam membentuk moral pada hari ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan adat dan juga kesan adat itu dalam usaha untuk membentuk identiti kanak-kanak terutamanya yang berada di bangku sekolah. Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada hari ini.
Dalam membicarakan fokus esei ini iaitu perkaitan aspek adat dan moral yang menjadi penyatu bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di Malaysia. Bagi maksud itu, dalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India
Apa yang kita nampak dan tahu apabila seseorang individu itu mempunyai pengaruh adat yang kuat maka nilai moral yang ada dalam dirinya juga akan turut baik ini kerana setiap adat yang dibawa oleh ssetiap masyarakat dimalaysia adalah untuk membentuk jatidiri yang kukuh dalam setiap penganutnya. Sebagai contohnya, masyarakat India dapat mengekalkan moral mereka dengan sapaan mereka yang begitu sopan dengan menyebut perkataan ‘vanakam’. Mungkin pada sesetengah pihak itu hanyalah satu perkataan yang biasa namun bagi masyarakat India ianya adalah satu nilai moral yang sangat patut dihargai.
Rumusannya, kebudayaan dan adat ahli masyarakat Malaysia walaupun berbeza, namun mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang pembentukan moral yang lebih baik. Melalui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan, ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilaimoral yang murni yang diajar didalarn agama mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan kearah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Artikel Bahasa Melayu
Teknologi Pedagogi Kandungan
Ilmu: Satu Rangka Kerja untuk Guru
Ilmu
Baasir MISHRA
Matthew J. Koehler 1
Universiti Michigan
Penyelidikan dalam bidang teknologi pendidikan sering critiqued bagi kekurangan
daripada asas teori. Dalam artikel ini kita mencadangkan satu rangka kerja konsep bagi
teknologi pendidikan dengan membina atas penggubalan Shulman terhadap kandungan''pedagogi
''pengetahuan dan memanjangkan kepada fenomena guru-guru menggabungkan teknologi
ke dalam pedagogi mereka. Rangka kerja ini adalah hasil 5 tahun kerja pada program
penyelidikan tertumpu kepada pembangunan guru profesional dan pembangunan fakulti dalam
pendidikan tinggi. Ia cuba untuk menangkap beberapa ciri penting guru
pengetahuan yang diperlukan untuk integrasi teknologi dalam pengajaran, manakala menangani
sifat kompleks, pelbagai rupa, dan terletak pengetahuan ini. Kami berhujah, secara ringkas, yang
bernas menggunakan pedagogi teknologi memerlukan pembangunan kompleks,
terletak bentuk ilmu yang kita panggil Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi
(TPCK). Dengan berbuat demikian, kami menempatkan peranan kompleks, dan interaksi antara, tiga
komponen utama persekitaran pembelajaran: kandungan, pedagogi dan teknologi. Kami
berpendapat bahawa model ini mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada perbincangan integrasi teknologi di
pelbagai peringkat: teori, pedagogi, dan metodologi. Dalam artikel ini, kami menerangkan
teori di sebalik rangka kerja kita, memberi contoh pendekatan pengajaran kami
berdasarkan rangka kerja, dan menunjukkan sumbangan metodologi yang telah
hasil daripada kerja ini.
Apa yang penting dalam bidang sains tidak begitu banyak untuk mendapatkan fakta baru bagi
menemui cara pemikiran baru tentang mereka.
-Sir William Henry Bragg
Kemunculan teknologi digital telah mengalami perubahan yang rutin dan
amalan dalam arena yang paling kerja manusia. Peguambela teknologi dalam pendidikan
sering membayangkan sama perubahan dramatik dalam proses pengajaran
Guru Kolej Rekod Jilid 108, Nombor 6, Jun 2006, ms 1017-1054
Copyright r oleh Guru College, Columbia University
0161-4681
dan pembelajaran. Ia telah menjadi jelas, bagaimanapun, bahawa dalam realiti pendidikan telah
tertinggal jauh di belakang wawasan. Mengapa?
Sebahagian daripada masalah itu, kita berhujah, telah kecenderungan untuk hanya melihat
teknologi dan bukan bagaimana ia digunakan. Hanya memperkenalkan teknologi kepada
proses pendidikan tidak mencukupi. Persoalan apa yang guru perlu
tahu untuk sewajarnya menggabungkan teknologi dalam pengajaran mereka
telah menerima banyak perhatian baru-baru ini (Persatuan Antarabangsa bagi
Teknologi Pendidikan, 2000; Majlis Negara bagi Pentauliahan
Pendidikan Guru, 1997; AS Kongres Teknologi Pejabat Penilaian,
1995; US Department of Education, 2000; Zhao, 2003). Ia telah menjadi
jelas, bagaimanapun, bahawa fokus utama kita sepatutnya pada belajar bagaimana teknologi
digunakan (Carr, Jonassen, Litzinger, & Marra, 1998; Mishra & Koehler,
2003).
Sebahagian daripada pengawasan ini boleh dikaitkan dengan kekurangan teori
asas untuk membangunkan atau persefahaman ini proses integrasi
(Amerika Persatuan Kemajuan Sains, 1999, 2001; Issroff
& Scanlon, 2002; Selfe, 1990). Teknologi pendidikan penyelidikan yang terdiri
kajian kes, contoh amalan terbaik, atau pelaksanaan yang baru
alat pedagogi. Sudah tentu, kajian kes yang baik, contoh terperinci terbaik
amalan, dan reka bentuk alat baru untuk pembelajaran adalah penting untuk membina
pemahaman. Tetapi mereka hanya langkah-langkah pertama ke arah pembangunan
rangka kerja teori dan konsep bersatu yang akan membolehkan kita
membangunkan dan mengenal pasti tema dan membina yang akan digunakan merentasi pelbagai
kes dan contoh-contoh amalan. Sebagai Selfe berhujah,
[Satu] perspektif atheoretical. . . bukan sahaja mengekang pendidikan semasa kami
menggunakan komputer, tetapi juga serius had visi kami tentang apa yang
mungkin dicapai dengan teknologi komputer dalam sosial yang lebih luas,
budaya, atau konteks pendidikan. Sehingga kita mengkaji kesan komputer
teknologi. . . dari perspektif teori, kami akan terus,
myopically dan tidak sistematik, untuk menentukan keping terpencil yang
teka-teki di dalam kelas yang berasingan dan kajian penyelidikan diskret. Sehingga
kami berkongsi visi teori topik ini, kita tidak akan melihat itu
gambar yang lebih besar yang boleh memberi usaha-usaha ke arah kelas kami setiap hari
dan makna. (119 ms)
Membangunkan teori bagi teknologi pendidikan adalah sukar kerana ia memerlukan
pemahaman yang terperinci hubungan kompleks yang Kontekstual
terikat. Tambahan pula, ia adalah sukar untuk mengkaji sebab dan akibat apabila
guru, bilik darjah, politik, dan matlamat kurikulum berbeza dari kes ke kes.
Satu pendekatan yang dipanggil uji kaji reka bentuk, kepujian kerumitan ini dan telah
baru-baru ini mendapat keutamaan dalam penyelidikan pendidikan (Brown, 1992;
Cobb, Confrey, diSessa, Lehrer, & Schauble, 2003; Berasaskan Rekabentuk Penyelidikan
1018 Maktab Rekod
Kolektif, 2003). Eksperimen reka bentuk, sebagai metodologi penyelidikan, memberi penekanan
pelaksanaan kajian terperinci dan campur tangan dengan berkembang
matlamat pedagogi dalam persekitaran yang kaya sahih. Ia mengakui kerumitan
pengajaran bilik darjah dan menerangi kedua-dua pengamal dan penyelidik
Ilmu: Satu Rangka Kerja untuk Guru
Ilmu
Baasir MISHRA
Matthew J. Koehler 1
Universiti Michigan
Penyelidikan dalam bidang teknologi pendidikan sering critiqued bagi kekurangan
daripada asas teori. Dalam artikel ini kita mencadangkan satu rangka kerja konsep bagi
teknologi pendidikan dengan membina atas penggubalan Shulman terhadap kandungan''pedagogi
''pengetahuan dan memanjangkan kepada fenomena guru-guru menggabungkan teknologi
ke dalam pedagogi mereka. Rangka kerja ini adalah hasil 5 tahun kerja pada program
penyelidikan tertumpu kepada pembangunan guru profesional dan pembangunan fakulti dalam
pendidikan tinggi. Ia cuba untuk menangkap beberapa ciri penting guru
pengetahuan yang diperlukan untuk integrasi teknologi dalam pengajaran, manakala menangani
sifat kompleks, pelbagai rupa, dan terletak pengetahuan ini. Kami berhujah, secara ringkas, yang
bernas menggunakan pedagogi teknologi memerlukan pembangunan kompleks,
terletak bentuk ilmu yang kita panggil Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi
(TPCK). Dengan berbuat demikian, kami menempatkan peranan kompleks, dan interaksi antara, tiga
komponen utama persekitaran pembelajaran: kandungan, pedagogi dan teknologi. Kami
berpendapat bahawa model ini mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada perbincangan integrasi teknologi di
pelbagai peringkat: teori, pedagogi, dan metodologi. Dalam artikel ini, kami menerangkan
teori di sebalik rangka kerja kita, memberi contoh pendekatan pengajaran kami
berdasarkan rangka kerja, dan menunjukkan sumbangan metodologi yang telah
hasil daripada kerja ini.
Apa yang penting dalam bidang sains tidak begitu banyak untuk mendapatkan fakta baru bagi
menemui cara pemikiran baru tentang mereka.
-Sir William Henry Bragg
Kemunculan teknologi digital telah mengalami perubahan yang rutin dan
amalan dalam arena yang paling kerja manusia. Peguambela teknologi dalam pendidikan
sering membayangkan sama perubahan dramatik dalam proses pengajaran
Guru Kolej Rekod Jilid 108, Nombor 6, Jun 2006, ms 1017-1054
Copyright r oleh Guru College, Columbia University
0161-4681
dan pembelajaran. Ia telah menjadi jelas, bagaimanapun, bahawa dalam realiti pendidikan telah
tertinggal jauh di belakang wawasan. Mengapa?
Sebahagian daripada masalah itu, kita berhujah, telah kecenderungan untuk hanya melihat
teknologi dan bukan bagaimana ia digunakan. Hanya memperkenalkan teknologi kepada
proses pendidikan tidak mencukupi. Persoalan apa yang guru perlu
tahu untuk sewajarnya menggabungkan teknologi dalam pengajaran mereka
telah menerima banyak perhatian baru-baru ini (Persatuan Antarabangsa bagi
Teknologi Pendidikan, 2000; Majlis Negara bagi Pentauliahan
Pendidikan Guru, 1997; AS Kongres Teknologi Pejabat Penilaian,
1995; US Department of Education, 2000; Zhao, 2003). Ia telah menjadi
jelas, bagaimanapun, bahawa fokus utama kita sepatutnya pada belajar bagaimana teknologi
digunakan (Carr, Jonassen, Litzinger, & Marra, 1998; Mishra & Koehler,
2003).
Sebahagian daripada pengawasan ini boleh dikaitkan dengan kekurangan teori
asas untuk membangunkan atau persefahaman ini proses integrasi
(Amerika Persatuan Kemajuan Sains, 1999, 2001; Issroff
& Scanlon, 2002; Selfe, 1990). Teknologi pendidikan penyelidikan yang terdiri
kajian kes, contoh amalan terbaik, atau pelaksanaan yang baru
alat pedagogi. Sudah tentu, kajian kes yang baik, contoh terperinci terbaik
amalan, dan reka bentuk alat baru untuk pembelajaran adalah penting untuk membina
pemahaman. Tetapi mereka hanya langkah-langkah pertama ke arah pembangunan
rangka kerja teori dan konsep bersatu yang akan membolehkan kita
membangunkan dan mengenal pasti tema dan membina yang akan digunakan merentasi pelbagai
kes dan contoh-contoh amalan. Sebagai Selfe berhujah,
[Satu] perspektif atheoretical. . . bukan sahaja mengekang pendidikan semasa kami
menggunakan komputer, tetapi juga serius had visi kami tentang apa yang
mungkin dicapai dengan teknologi komputer dalam sosial yang lebih luas,
budaya, atau konteks pendidikan. Sehingga kita mengkaji kesan komputer
teknologi. . . dari perspektif teori, kami akan terus,
myopically dan tidak sistematik, untuk menentukan keping terpencil yang
teka-teki di dalam kelas yang berasingan dan kajian penyelidikan diskret. Sehingga
kami berkongsi visi teori topik ini, kita tidak akan melihat itu
gambar yang lebih besar yang boleh memberi usaha-usaha ke arah kelas kami setiap hari
dan makna. (119 ms)
Membangunkan teori bagi teknologi pendidikan adalah sukar kerana ia memerlukan
pemahaman yang terperinci hubungan kompleks yang Kontekstual
terikat. Tambahan pula, ia adalah sukar untuk mengkaji sebab dan akibat apabila
guru, bilik darjah, politik, dan matlamat kurikulum berbeza dari kes ke kes.
Satu pendekatan yang dipanggil uji kaji reka bentuk, kepujian kerumitan ini dan telah
baru-baru ini mendapat keutamaan dalam penyelidikan pendidikan (Brown, 1992;
Cobb, Confrey, diSessa, Lehrer, & Schauble, 2003; Berasaskan Rekabentuk Penyelidikan
1018 Maktab Rekod
Kolektif, 2003). Eksperimen reka bentuk, sebagai metodologi penyelidikan, memberi penekanan
pelaksanaan kajian terperinci dan campur tangan dengan berkembang
matlamat pedagogi dalam persekitaran yang kaya sahih. Ia mengakui kerumitan
pengajaran bilik darjah dan menerangi kedua-dua pengamal dan penyelidik
Subscribe to:
Posts (Atom)